eBuletin
 
Promosi Web
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu
JKM
KPWKM
JPW
LPPKN
MAMPU
MSC
 
Renungan

Tiada Renungan

 
Video Secara Langsung
Tiada rekod
 
Peti Undi
Tiada undian atau tinjauan buat masa ini
Terima Kasih.
 

Dato' Tengku Putera (kanan) dan Mohd Yusof menerangkan sesuatu mengenai tanaman halia kepada Dato Se
  


Oleh : Farezul Fadzal

Bukan Cakap Kita Buat-Antara kata-kata keramat yang dicetuskan sendiri oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh dalam melaksanakan segala manifesto yang dijanjikan dalam pilihan raya lalu.

Kini, segala janji yang dicanang semasa pilihan raya lalu tertunai setelah banyak program dilaksanakan dalam meningkatkan pendapatan rakyat termiskin, sekaligus mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini.

Program pembasmian kemiskinan dilaksanakan melalui kaedah pertanian fasa baru dan tidak lagi mengikut cara tradisional bagi memartabatkan usaha para petani, penternak seterusnya peserta program-program yang sedang dilaksanakan di Terengganu ketika ini.

Menteri Besar berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja Projek Tanaman Halia, di Kampung Felcra Bukit Kapah, Kuala Berang, Hulu Terengganu, hari ini (17 Julai).

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan Negeri, Dato’ Rosol Wahid; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Wilayah Negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee, Pengarah Pertanian Negeri, Tuan Yusuf Maidin; Pengarah Eksekutif Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC), Ir. Adnan Ghazali; Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Encik Rosli Harun; Pengarah Perikanan Negeri, En. Munir Mohd Nawi; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Tengku Putera Tengku Awang dan Ahli Dewan Undangan (Adun) Telemomg, YB Rozi Mamat.

Menurut Dato’ Seri Idris, LPP dan Jabatan Pertanian telah memainkan peranannya dengan berkesan sehingga sasaran meningkatkan pendapatan peserta yang pada mulanya hanya RM500 sebulan kini mampu memcecah lebih RM3,000 sebulan.

Projek yang dilaksanakan bertujuan menambah pendapatan peserta di kawasan berkenaan melibatkan 22 pelajar lepasan institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Program mula dilaksanakan pada 15 Februari lalu dengan dengan melakukan kerja pembersihan, perparitan dan ‘culvert’ di kawasan seluas 10 hektar serta tanah di sediakan oleh pengurusan Felcra Bukit Kapah yang dibangunkan secara berperingkat.

Unit Komunikasi Negeri
Hit : 1368

 « BACK