eBuletin
 
Promosi Web
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu
JKM
KPWKM
JPW
LPPKN
MAMPU
MSC
 
Renungan

Tiada Renungan

 
Video Secara Langsung
Tiada rekod
 
Peti Undi
Tiada undian atau tinjauan buat masa ini
Terima Kasih.
 

  


Seramai 27 orang peserta daripada Pogram Peningkatan Rakyat Miskin/Termiskin (PRM) Negeri Terengganu yang telah terkeluar daripada garis kemiskinan telah mengikuti satu lawatan bermaklumat ke Negeri Johor anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

Lawatan yang bermula pada 4 hingga 7 Mei ini telah berkesempatan melawat beberapa tempat perusahaan antaranya Kompleks Pasar Tani Kekal FAMA Bukit Gambir, Muar, Aini Frozen Food Panchor, Muar, Pusat Pemprosesan FAMA ( PUSPRO) Rengit, Batu Pahat, Azhar Manufacturing Sdn. Bhd,Rengit ,Batu Pahat, dan NAZOHA Enterprise Senggarang, Batu Pahat.

 Lawatan yang diketuai oleh En Mohd Fauzy Bin Abd Ghani ( Pen. Pengarah Pembangunan  Keluarga I) ini telah diberi taklimat berkenaan dengan produk-produk yang diusahakan oleh Pegawai FAMA dan juga pemilik perusahaan makanan yang dilawati dengan kaedah-kaedah perusahaan pemprosesan makanan yang moden.

Pendedahan ini amat berguna kepada semua peserta lawatan bukan sekadar penghargaan tetapi juga dapat meningkatkan lagi daya saing dan daya usaha untuk meningkatkan perusahaan yang sedia ada kepada yang lebih baik pada hari ini.
Hit : 1306

 « BACK